Saturday, October 8, 2011

2 TAHUN


"Aku suka Kau," kata Awi yang bernada agak serius secara tiba-tiba. Laila yang sedang kusyuk bersembang dengannya tersentap apabila kata-kata tersebut dikeluarkan sendiri oleh Awi. Suasana yang dahulunya ceria tiba-tiba bertukar suram. Terdiam. "Apa, apa yang cuba kau cakap ni," balas Laila ingin mendapat kepastian Awi. "Eh, aku cakap sekali je," kata Awi sambil berseloroh ketawa. "aku pun suka kat kau," luah Laila secara tiba-tiba. Awi terdiam, kaku, terkebil-kebil dengan kata-kata Laila itu, "Laila, adakah saya dengar itu daripada awak," tanya Awi memperbahasakan awak & saya kepada dirinya dan Laila. "Eh, awak cakap sekali, saya pun nak cakap sekali jea la," balas Laila, mereka ketawa.
Pemarah, gengster, sombong, pemalas, tak sporting tangapan pertama jika seseorang itu bertemu Awi, dengan susuk tubuh yang agak besar dan muka yang agak gelap. Tetapi selepas berkenalan dengan dirinya serba berbeza dengan tanggapan pertama bertemu.
Cinta. Suatu perkataan yang pernah wujud di dalam hatinya tidak lama dahulu. Akibat ketidakyakinan terhadap diri menyebabkan dia lebih sanggup menyimpan cintanya daripada diluahkan kepada orang yang dia minati. Pernah sekali dia menyintai, cinta pertama. Menyintai seseorang yang belum pasti membalas cintanya, dia terus berdiam, menyembunyikan segala perasaan walaupun menyiksa diri, melarat, gila bayang. Sahabat-sahabatnya berjaya merungkai perasaan yang dipenjarakan oleh Awi, mereka membantu dengan menanyakan sendiri kepada orang yg digilainya itu, tetapi malang. Tidak balasnya. Awi berdiam, tenang, cintanya masih tidak goyah, mungkin masih awal pada hikmat fikirannya. Dia memberikan masa kepada cinta pertamanya itu, pada hatinya masih dia.  Masa memakan diri, melarat hingga bertahun lamanya, 4 tahun! mencintai seseorang yang tidak pasti menerima!.  Mungkin tidak pernah dibuat orang tetapi bukan bagi dirinya. Dia rela menunggu. Walaupun kadang kala hatinya tertaut kepada yang lain, dengan cabaran dunia luar yang lebih menawan tarikannya, tidak bagi Awi, hatinya masih ingin mentahtakan kasih sayangnya kepada cinta pertamanya, setia.  Akhirnya dia tewas, kalah, kecewa. CINTA yang dahulu bebas kini terus dipenjarakan. Dia lebih rela menyimpan dari meluahkan, tertekan. Malas sudah mencari cinta.
Laila, seorang gadis yang tidak semena-mena berjaya meruntuhkan geriji besi yang memenjara cinta Awi. Pertama kali bertemu Laila, selekeh, serabut, tah apa-apa, berlagak, sombong, poyo pada pandangan Awi, apatah lagi dengan pakaian Laila yang sering selekeh. Setiap perbuatan Laila, pasti ada salahnya di mata Awi.
 "Jangan marah-marah, benci-benci, nanti kau suka kat dia pula," satu perkataan yang sinonim dengan apa yang berlaku kepada diri Awi, CInta kembali berputik. Suka. Perasaan yang telah dilupakan sejak 1 tahun dahulu kembali bebas bermain, berlegar-legar pada mata fikir Awi. "AKU SUKA DIA!" suatu perkataan yang kembali menjelma pada kotak fikiran Awi. Sering memerhati, diam dan lihat, suatu keadaan yang sangat menyiksakan, tetapi dia tidak mahu kecewa lagi, dia tidak boleh tergesa-gesa, cool!. Dia mahu menyatakan cintanya, tetapi perit untuk diluahkan, Awi kembali kecewa, Laila sudah dipikat oleh seseorang yang lain, di benak hatinya kembali meraung, meronta, kecewa, BODOH! LEMBAB! BANGANG! perkataan yang sesuai digambarkan kepadanya. Tiap kali melihat kelibat Laila, hatinya kuat meronta, menyebabkan dia mula membenci Laila, walaupun pada asalnya ia salah Awi. 3 bulan melabukan tirai, Laila berpisah dengan kekasihnya. Tidak semena-mena Awi gembira, hati yang dahulunya goyah berdetik kembali gagah berdentum. Dia seakan ditembak dengan ubat kuat yang melampau. dia tidak mahu tergesa-gesa untuk mengungkai simpulan cinta hatinya, dia memberikan Laila masa, masih kuat menunggu. Gagah dan terus tabah. 2 bulan berlalu, dia cuba merapatkan hubungan persahabatan, mencari detik sesuai meluahkan segala-galanya.
"Adeh, adeh, sakitnya," rungut Awi yang baru sahaja ditimpa kemalangan kecil motosikal yang dinaikinya. "tu la, aku dah cakap bawa lagi laju lagi, lajulah lagi, laju, laju," balas Laila yang hanya mampu melihat kecederaan kecil yang ditimpa oleh Awi. "amboi, kau kalau cakap memang nak menang je kan, ambil, ambil menang kau tu," seloroh Awi melawak. "Eh, dia ni orang risaukan dia, kita pula yang kena marah, dah rasakan kamu," kata Laila lalu menarik muka berpaling daripada Awi. "Haha, sayang juga kau kat aku kan," kata Awi bersahaja, "ye sayang la sangat, kadang-kadang tak ada gunanya kalau aku sayang kat orang tu kalau orang tu kat sayang kat aku," balas Laila. "Macam tu pula," , "dah tu nak macam mana lagi,". Awi bangun daripada tempat duduknya. Dia menghampiri Laila.
 "Aku suka Kau," kata Awi yang bernada agak serius secara tiba-tiba. Laila yang sedang kusyuk bersembang dengannya tersentap apabila kata-kata tersebut dikeluarkan sendiri oleh Awi. Suasana yang  ceria mula-mulanya tiba-tiba bertukar suram. Terdiam. "Apa, apa yang cuba kau cakap ni," balas Laila ingin mendapat kepastian Awi. "Eh, aku cakap sekali je," kata Awi sambil berseloroh ketawa. "aku pun suka kat kau," luah Laila secara tiba-tiba. Awi terdiam, kaku, terkebil-kebil dengan kata-kata Laila itu, "Laila, adakah saya dengar itu daripada awak," tanya Awi memperbahasakan awak & saya kepada dirinya dan Laila. "Eh, awak cakap sekali, saya pun nak cakap sekali jea la," balas Laila, mereka ketawa. "Maknanya saya suka awak, awak suka saya," kata Awi memastikan perkara itu. "Ya, dah tu," balas Laila mudah. "Serius," tanya Awi untuk memastikannya. "Saya tengah betul-betul serius la ni, nak main-main apanya, tak tahu la orang tu pula," balas Laila. "Saya memang dah lama tunggu Laila, sejak 5 bulan lepas,". "Apa, 5 bulan, jap, jap 5 bulan? kenapa tak cakap,". "Sebab," Awi pun menceritakan segala-galanya kepada Laila, daripada A-Z, 0-9. dari awal hingga akhir. "Tapi saya takut mengecewakan dan dikecewakan, awak bukan awek saya, tetapi calon isteri saya," luah Awi. "Ya tuhan, kenapa cerita ni macam cerita dongeng, cakap la dengan saya awal, awal. Mudah,"."Tak sanggup, tak mampu, takut, malu, semua ada pada saya,". "Jadi?" . "Saya tak mampu untuk melihat awak kecewa, apatah lagi saya dikecewakan, jadi saya nak beri masa untuk kita berdua untuk 2 tahun lagi, untuk benar-benar pasti saya pilihan saya, atau sama ada saya pilihan awak," terang Awi lagi. "saya akan tunggu awak, dan awak akan tunggu saya," balas Laila.
----TAMAT----

Monday, June 20, 2011

CERPEN:- Apabila Aku Di Buli.

"Awal !," jerit Hidayah. Pisau Belati jenis komando menunggu masa untuk melibas mangsanya, Ali. Sudah bertahun lamanya Awal menyimpan dendam terhadap Ali. "Awal, walau apa pun kan nak buat selepas ni, kau fikir masak-masak dulu, jangan main buat jea," sambung Hidayah. Awal seakan sudah memuncak keinginannya menikam Ali. Suasana semakin tegang, rakan-rakan kelas Awal sudah pun mengosongkan kelas mereka takut jika amukan Awal terkena kepada mereka. "kau pasti, kau pasti dengan membunuh Ali, kau aman, ha, Awal," tanya Hidayah yang cuba menenangkan Awal. Ali yang dihentak di dinding bahagian belakang, sudut informasi kelas 5 Tuah hanya mampu melihat Awal dan pisau yang berada disebelahnya yang menanti masa untuk menghambat mangsa !

*****

2011, kini masuk 5 tahun Awal bin Jalal belajar disekolah yang terkemuka di Kuala Lumpur, mungkin kerana pencapaian cemerlangnya dalam UPSR, 5A! dia ditawar melanjutkan pelajaran di situ. "Awal, cepatlah sikit, lembab lah kau ni," kata Hidayah yang sudah terpacak dihadapan rumah Awal jam 6.55 pagi, menunggu Awal untuk ke sekolah bersama-sama. "Sabarlah, kau ni bersemangat pagi-pagi ni apahal, mesti ada apa-apa ni kan, " kata Awal sambil menyarung kasut sekolahnya." . " mak Awal pergi sekolah dulu, " sambungnya

Hidayah Binti Hasni, seorang pelajar perempuan yang cukup comel. Dia diminati oleh sebilangan besar pelajar lelaki di sekolah itu. Tetapi dia tidak memperdulikannya dengan alasan, dia mahu mencapai hasrat ibu bapanya untuk melihat dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Awal dan Hidayah sering bersama, sehingga rakan-rakan sekolahnya mengatakan mereka berkasih, couple!. Akan tetapi sebenarnya mereka hanya sekadar kawan karib sejak tingkatan 1. Mereka kenal antara satu sama lain sewaktu minggu orientasi Tingkatan 1, 5 tahun lepas.

"Terima kasih cikgu," kata pelajar kelas 5 Tuah. Kelas pertama diantara kelas-kelas tingkatan 5 yang lain disekolah berkenaan. Tuah , Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu nama yang diadaptasi daripada sejarah kesultanan Melayu Melaka. "Ha, sekarang masanya," kata Ali, seorang budak nakal yang agak pandai di sekolah berkenaan, walaupun perangainya tidak digemari ramai, tetapi dia berjaya menempatkan diri di kelas pertama kerana kepandaiaannya. Dia dan kawan-kawannya sering membuli pelajar di sekolah berkenaan, dan pelajar yang sering menjadi mangsa buli mereka, Awal.

"Apa kita nak buat dengan Awal hari ini, geng, bagi cadangan sikit," kata Ali yang menghampiri meja Awal. "Kita pow duit dia," kata Aziz, " Biasa sangat, kita ambil makanan dia," sambut Zie, "Dosa la, tak baik, apa kata, kita lawan silat dengan dia," cadang Aziz, " Ha, bagus, kau pun hebat bersilatkan, kononnya, cepat Awal, jom," kata Ali sambil menarik tangan Awal. Dia mengajak Awal untuk bertarung dengannya di belakang kelas. "Aku tak nak, berapa lama lagi korang nak buli aku, daripada tingkatan 1 lagi, duit kau ambil, makanan kau kebas, hasil kerja aku kau rampas, tak cukup lagi kau ejek nama aku, nama bapa aku, tak cukup lagi ke," keluh Awal.

"ARGH!," jerit Awal sambil menarik baju Ali lalu menhentak Ali di dinding belakang, sudut informasi kelas. Pisau komando yang diambil entah dari mana dikeluarkan lalu menikam dinding kabus betul-betul bersebelahan kepala Ali. Pelajar kelas 5 Tuah tersentak lalu keluar mengosongkan kelas kerana takut menjadi mangsa amukan awal. "Daripada 5 tahun lepas, kau tak habis-habis nak buli aku, pukul aku, kau ingat kau siapa, ha!," jerit Awal dengan nada keras. Ali makin ketakutan, keberaniaan yang ditonjolkan tadi mula menghilang apabila pisau komando berada betul-betul dihujung kepalanya.

"Awal!," jerit Hidayah.
"kau nak apa lagi, biar aku bunuh dia, aku tamatkan riwayat dia, dia ni tak guna, menyusahkan semua orang, apa dia ingat dia besar sangat kea pangkat dia, dah ramai geng dia aku takut, sekarang biar dia rasa," balas Awal.
"kau pasti, bila kau dah bunuh dia, hidup kau aman, tak Awal!,"
"kau tak pernah rasa apa yang aku rasa, terseksa, 5 tahun, 5 tahun Hidayah!"
"walaupun aku tak pernah rasa, tapi aku tahu seksa, tapi kalau kau tikam si Ali bedebah ni, kau tambah seksa, Awal, aku tak nak tengok kau terseksa!,"

Awal menangis teresak-esak, tangannya yang memegang pisau masih liar menanti masa mengena mangsanya,
"Awal, letak pisau tu, tak payah la sampai nak bunuh si Ali tu, tolong Awal, letak, tolong," pinta Hidayah. Awal terhenti, pisau ditangannya dilepaskan. Hidayah segera menyepak keluar pisau berkenaan, beberapa rakan kelas Awal menenangkannya serta Ali.
"Alhamdulilah,"

Tuesday, June 14, 2011

LAMA MENGHILANG~

Assalammualaikum, salam sejahtera.

RIBUAN MAAF WARKAH, tujukan kepada semua pembaca, sudah sebulan lebih, warkah tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog pada masa kini, kerana tugas yang baru warkah terima. 

Makluman kepada pembaca sekalian, warkah telah dipilih untuk menjadi penulis skrip kepada suatu organisasi swasta untuk menerbitkan teater musikal mereka tersendiri, yang bertajuk MUSIKAL LORONG.

Teater ini memaparkan keadaan lorong yang dikenali ramai sebagai suatu lorong yang penuh dengan gejala maksiat yang teruk, termasuk gengsterims, pelacuran, pengedaran dadah dan sebagainya.Teater ini akan dipentaskan pada hujung tahun ini, diharap para pembaca dapat menontonnya, TERIMA KASIH,

PENULIS KERDIL,

-warkahmadahbercili-

Saturday, May 14, 2011

Seorang Yang Kebiasaannya Kita Panggil Ibu.

Assalammualaikum. W.B.T dan Salam Sejahtera.

Pada mulanya, warkah ingin menulis berkenaan topik yang agak menarik yang berlaku dalam Negara kita sendiri. Tetapi warkah tersentap dengan cerita sahabat warkah yang isinya lebih menarik daripada apa yang warkah ingin sampaikan pada mulanya. Cerita ini bukan untuk mempersenda, mengejek, mahupun mengutuk tetapi adalah untuk kita merenung sendiri apa yang berlaku disekitar kita tetapi tidak disedari oleh diri kita sendiri. Renung-renungkan.

Cerita ini merupakan kisah benar yang diceritakan sendiri oleh sahabat warkah. Beliau yang enggan namanya dinyatakan berharap cerita ini dapat dijadikan iktibar kepada semua lapisan masyarakat. 

Ia berkenaan seorang ibu, yang pada kebiasaannya kita hormati, kita sanjungi, kita sayangi. Tetapi berbeza buat anak kepada ibu ini, manakan tidak, dimana orang lain memanggil orang yang melahirkan kita  sebagai Ibu, Emak, Mak, Mummy dan sebagainya, tetapi anak ini hanya memanggil ibunya ENGKAU. Bukan itu sahaja, sahabat warkah menceritakan bahawa suatu hari anak ini memanggil ibunya HANTU dan gelaran itu diberikan untuk mempermainkan ibunya dihadapan sahabat mahupun orang lain dengan panggilan HANTU KAK LIMAH. Tersentap hati warkah tatkala sahabat menceritakan perihal ini. Sedih melihat seorang yang berpangkat ibu dipermainkan sebegitu rupa. 

Tambahan pula, sahabat warkah menceritakan lagi, suatu hari si anak melawat ibunya di tempat kerja, mungkin ingin melihat bagaimana keadaan ibunya sewaktu bekerja. Tetapi jangkaan warkah meleset. Si anak melawat tempat kerja ibunya, lalu, mengeluarkan kata “Woi aku nak duit”, (pada jangkaan warkah inilah katanya). Terbeliak biji mata warkah mendengar cerita ini. Dengan tanpa perasaan hormat, si anak ini terus mengeluarkan kata yang agak keras untukn didengar oleh seorang ibu.  Menurut sahabat warkah, si anak mengambil wang yang berada di peti cashier tanpa rasa bersalah. Sehingga diberitakan bahawa si ibu dibuang kerja kerana wang di peti cashier kerap kekurangan. 

Dimanakah salahnya sehingga berlaku kejadian sebegitu rupa? Jawapan warkah cukup mudah, TAKDIR. Tuhan telah menentukan Qada’ dan Qadar’ kehidupan ini sehingga tibanya hari pembalasan kelak, (kiamat). Tidak dinafikan lagi benarlah hadis yang mengatakan bahawa tanda-tanda kiamat itu adalah dimana seorang ibu melahirkan TUAN nya sendiri. 

Sengaja warkah lewat-lewatkan berapakah umur si anak berkenaan. Kerana kuatir pembaca bakal tidak mempercayai apa yang diceritakan. Pada mulanya, pada pandangan warkah si anak berkenaan mungkin berumur lebih 20 tahun tetapi jangkaan warkah meleset lagi. Si anak hanya berumur dalam lingkungan adik-adik kita di DARJAH 6 ke bawah. TERPERANJAT??? Ya, benar, cerita sahabat warkah tadi, si anak itu hanya dalam lingkungan 12 tahun ke bawah. Sengaja warkah tidak mendedahkan umur sebenar si anak, kerana kuatir pembaca terkejut besar. 

Ambillah cerita ini buat pengajaran kita sendiri. Bentuklah zuriat kita seelok-eloknya agar hidup kita dunia dan akhirat aman dan tenteram. Renungkanlah cerita ini, Warkah berdoa, agar tidak ada seorang pun dalam zuriat pembaca dan warkah seperti cerita yang diceritakan oleh sahabat warkah ini. AMIN. Sekian. 



Wednesday, May 11, 2011

Setelah Uniform itu ditanggalkan.


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yahoo!! Akhirnya aku bebas dari semua ini!! Hahaha.. gembiranya hati tidak terkira, Sekolah! Selamat TINGGAL!!

Mungkin perkataan ini pernah keluar dimulut seorang pelajar sekolah menengah yang  tamat kertas SPM terakhirnya, Uniform putih yang disarungnya tiap-tiap pagi ditanggalkan, buku-buku yang mencoret catitan di kelas disimpan, dan loceng pagi untuk ke sekolah dimatikan tatkala hadirnya waktu yang bersejarah bagi dirinya ini tiba. Manakan tidak, penantian selama 11 atau 12 tahun lalu tamat pabila kertas akhir Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu habis dijawab dan zaman persekolahan itu tinggal kenangan. Tetapi dia tidak pernah menduga bahawa itu adalah satu titik permulaan kepada suatu sejarah yang bakal memberi impak yang besar dalam dirinya, INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT).




Hampir 80 % pelajar lepasan SPM berjaya menyambung pelajaran mereka ke IPTA / IPTS. IPTA seperti kebiasaannya menjadi medium utama pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pembelajaran ke menara gading kerana ia mampu menyampaikan wadah pembelajaran yang amat berkesan dalam melahirkan golongan yang berintelektual di Malaysia.  Bagi yang berkemampuan IPTS menjadi pilihan utama untuk menyambung pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, sebelum melangkah ke IPT ia memerlukan bakal graduannya untuk menanggung kos pengajian yang dikenakan yang nilainya lebih tinggi daripada kos sewaktu di bangku sekolah. Bagi IPTA, kosnya sedikit sebanyak telah ditampung oleh pihak kerajaan yang peka akan pembelajaran di IPT, kos yang dikenakan tidaklah begitu tinggi hingga ratusan ribu ringgit dan gulungan (sijil) tamat pembelajaran di IPTA lebih dipercayai dan dipandang tinggi oleh majikan-majikan yang ketagihan pekerja mahir. Berbanding IPTS, yang menawarkan kos pembelajaran yang lebih tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit dan ada sesetengah yang sijilnya tidak diiktiraf oleh badan pengiktirafan seperti Malaysia Qualification Agency (MQA). Sudahkah bakal lepasan SPM bersedia dengan pembelanjaan di IPT?

Nasihat penulis buat pelajar lepasan SPM, sediakanlah sejumlah wang pembelanjaan seperti Yuran Pendaftaran IPT, perbelanjaan sampingan, dan wang saku sebelum tibanya waktu yang dinantikan. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.!

Sunday, May 1, 2011

KEMBALI SETELAH LAMA MENYEPI













Assalammualaikum wbt. salam sejahtera.

Sudah lama kiranya diriku tidak mencoret coretan di muka blog ini, menyepi seketika kerana penuh dengan pelbagai karenah yang perlu dituruti oleh diri, pohon maaf dipinta jika menunggu begitu lama untuk meniti coretan harian yang biasa diukir disini.
Bermula dengan perihal remaja, beralih kepada bola, kini apa yang bakal aku coretkan disini serba berbeda. sesuatu rungkaian kata yang tidak lagi seperti yang lama, berubah kepada sebuah artikal buat saudari saudara.
Harap maaf sekali lagi, kerana bukan kini masanya untuk aku teruskan melontarkan idea disini, ada urusan besar yang perlu di selesaikan sebelum sebuah cerita istimewa yang disediakan buat pembaca Warkah Madah Bercili.

Sekian sahaja,
ampun andai salah kata, sasul bicara, tersilap guna bahasa.

Yang Benar,























warkahmadahbercili. :-)

Thursday, January 6, 2011

Armada kata siap sedia, bersama dengan senjata kosa kata, digabung pula dengan peribahasa, buat WARGA MALAYSIA.

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam tahun baru, buat pembaca yang setia menunggu, maaf kerana lama tidak menulis warkah ini, bukan kerana benci atau berhenti, tetapi bercuti, merehat minda dan hati. 

Cerita sensasi...
isu terkini....
terhangat dalam LRT, TV dan pejalan kaki, mahupun kedai kopi, dari menteri-menteri ke kerani. 
















Impian negara yang dipendam lama, akhirnaya tertunai jua, 2010 menjadi saksinya, malaysia menjulang Piala Suzuki di Indonesia. Langkah mula dengan pelbagai kritikan, kekuatan yang tidak diendahkan, kehebatan yang diejek-ejekkan, apatah lagi menentang skuad handalan. Skuad harimau diperkotakatikkan, 14 tahun mengkin terus kempunan, dalam pula kumpulan jaguhan, tiada kemenangan mungkin terus kekalahan.
Itu kata warga Malaysia, melihat persembahan lama katanya, meniti tangga turunnya FIFA, tiada beza tiada serupa. Tetapi memang benar kata bola itu bulat, harimau mula tunjuk kuat, bernyawa dalam kumpulan hebat, menang, seri dan terikat. 
 
Dengan Fahmi yang sukar dibolosi,
penyudah berbisa si Safie Salie,
Safiq rahim kapten disegani, 
harimau gagah melangkah berani. 

Si pengkritik terus mengkritik dengan kritikan berbisa menusuk dada, hingga melangkah final pertama, ada pula nasib / tuah menyebelahi mereka, tetapi tatkala aksi dipadang ternyata, si harimau berbisa meratah si mangsa. Terus gagah ke final pertama, mengalas misi utama negara, bertemu pula jiran tetangga, sememangnya terkenal dengan kejaguhannya si Indonesia. Spekulasi terus menghantui, cemuhan, kritikan dan kontroversi dicetuskan tanpa belas kasihan. Harimau terus tetap teruskan, mengharungi final yang hangat diperkatakan, di atas kertas mereka bakal ditewaskan, di atas padang mereka menjulang kemenangan....... TAHNIAH SI HARIMAU MALAYA!!!!