Thursday, August 23, 2012

Ambiga berundur dari BERSIH lepas p'raya umum

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan tersebut selepas pilihan raya akan datang.

Dalam wawancara bersama agensi berita kewangan Bloomberg hari ini, Ambiga berkata langkah itu akan membolehkan beliau lebih fokus dalam firma guamannya yang mengkhususkan undang-undang komersil, harta intelek dan industri.

Laporan itu menyebut, ia juga akan membolehkan beliau meluangkan masa dalam bidang kesenian dan kriket, yang diketepikannya untuk bergiat dalam BERSIH.

Ambiga berkata usahanya dalam mendukung isu hak wanita, khususnya dalam kes melibatkan isu menukar agama juga masih banyak yang belum selesai.

Katanya, mahkamah telah melepaskan tanggungjawab dalam banyak isu melibatkan undang-undang keluarga dalam kes melibatkan mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Ambiga mengetuai dua perhimpunan besar untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang merupakan perhimpunan terbesar sejak pergerakan reformasi pada 1998.

- SUMBER : MALAYSIAKINI.

Tuesday, July 3, 2012

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN



KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN | Berita baik buat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini untuk mengurangkan kos sara hidup kerana semalam, KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN |Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) telah dilancarkan.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.

KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

HUBUNGI KAMI

Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia

Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my

Di bawah ialah senarai syarikat yang telah terlibat dalam KDS1M.

BUKU DAN ALAT TULIS





KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN

KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA




MAKANAN DAN MINUMAN






Layari http://www.1pengguna.com/kds1m -untuk keterangan lanjut mengenai diskaun yg ditawarkan dan senarai syarikat - syarikat yg terlibat.