Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyatakan hasratnya untuk
berundur daripada jawatan tersebut selepas pilihan raya akan datang.
Dalam wawancara bersama agensi berita kewangan Bloomberg hari
ini, Ambiga berkata langkah itu akan membolehkan beliau lebih fokus
dalam firma guamannya yang mengkhususkan undang-undang komersil, harta
intelek dan industri.
Laporan itu menyebut, ia juga akan
membolehkan beliau meluangkan masa dalam bidang kesenian dan kriket,
yang diketepikannya untuk bergiat dalam BERSIH.
Ambiga berkata
usahanya dalam mendukung isu hak wanita, khususnya dalam kes melibatkan
isu menukar agama juga masih banyak yang belum selesai.
Katanya,
mahkamah telah melepaskan tanggungjawab dalam banyak isu melibatkan
undang-undang keluarga dalam kes melibatkan mahkamah syariah dan
mahkamah sivil.
Ambiga mengetuai dua perhimpunan besar untuk
menuntut pilihan raya bersih dan adil yang merupakan perhimpunan
terbesar sejak pergerakan reformasi pada 1998.
- SUMBER : MALAYSIAKINI.
No comments:
Post a Comment