Assalammualaikum. W.B.T dan Salam Sejahtera.
Pada mulanya, warkah ingin menulis berkenaan topik yang agak menarik yang berlaku dalam Negara kita sendiri. Tetapi warkah tersentap dengan cerita sahabat warkah yang isinya lebih menarik daripada apa yang warkah ingin sampaikan pada mulanya. Cerita ini bukan untuk mempersenda, mengejek, mahupun mengutuk tetapi adalah untuk kita merenung sendiri apa yang berlaku disekitar kita tetapi tidak disedari oleh diri kita sendiri. Renung-renungkan.
Cerita ini merupakan kisah benar yang diceritakan sendiri oleh sahabat warkah. Beliau yang enggan namanya dinyatakan berharap cerita ini dapat dijadikan iktibar kepada semua lapisan masyarakat.
Ia berkenaan seorang ibu, yang pada kebiasaannya kita hormati, kita sanjungi, kita sayangi. Tetapi berbeza buat anak kepada ibu ini, manakan tidak, dimana orang lain memanggil orang yang melahirkan kita sebagai Ibu, Emak, Mak, Mummy dan sebagainya, tetapi anak ini hanya memanggil ibunya ENGKAU. Bukan itu sahaja, sahabat warkah menceritakan bahawa suatu hari anak ini memanggil ibunya HANTU dan gelaran itu diberikan untuk mempermainkan ibunya dihadapan sahabat mahupun orang lain dengan panggilan HANTU KAK LIMAH. Tersentap hati warkah tatkala sahabat menceritakan perihal ini. Sedih melihat seorang yang berpangkat ibu dipermainkan sebegitu rupa.
Tambahan pula, sahabat warkah menceritakan lagi, suatu hari si anak melawat ibunya di tempat kerja, mungkin ingin melihat bagaimana keadaan ibunya sewaktu bekerja. Tetapi jangkaan warkah meleset. Si anak melawat tempat kerja ibunya, lalu, mengeluarkan kata “Woi aku nak duit”, (pada jangkaan warkah inilah katanya). Terbeliak biji mata warkah mendengar cerita ini. Dengan tanpa perasaan hormat, si anak ini terus mengeluarkan kata yang agak keras untukn didengar oleh seorang ibu. Menurut sahabat warkah, si anak mengambil wang yang berada di peti cashier tanpa rasa bersalah. Sehingga diberitakan bahawa si ibu dibuang kerja kerana wang di peti cashier kerap kekurangan.
Dimanakah salahnya sehingga berlaku kejadian sebegitu rupa? Jawapan warkah cukup mudah, TAKDIR. Tuhan telah menentukan Qada’ dan Qadar’ kehidupan ini sehingga tibanya hari pembalasan kelak, (kiamat). Tidak dinafikan lagi benarlah hadis yang mengatakan bahawa tanda-tanda kiamat itu adalah dimana seorang ibu melahirkan TUAN nya sendiri.
Sengaja warkah lewat-lewatkan berapakah umur si anak berkenaan. Kerana kuatir pembaca bakal tidak mempercayai apa yang diceritakan. Pada mulanya, pada pandangan warkah si anak berkenaan mungkin berumur lebih 20 tahun tetapi jangkaan warkah meleset lagi. Si anak hanya berumur dalam lingkungan adik-adik kita di DARJAH 6 ke bawah. TERPERANJAT??? Ya, benar, cerita sahabat warkah tadi, si anak itu hanya dalam lingkungan 12 tahun ke bawah. Sengaja warkah tidak mendedahkan umur sebenar si anak, kerana kuatir pembaca terkejut besar.
Ambillah cerita ini buat pengajaran kita sendiri. Bentuklah zuriat kita seelok-eloknya agar hidup kita dunia dan akhirat aman dan tenteram. Renungkanlah cerita ini, Warkah berdoa, agar tidak ada seorang pun dalam zuriat pembaca dan warkah seperti cerita yang diceritakan oleh sahabat warkah ini. AMIN. Sekian.
aduhh..sampai nye aty wat mak sndr cam tu..lau cheq xsmpai aty la..syg mama cheq :)
ReplyDeletehurm.. tau xpea!
ReplyDeleteya Allah....mana budak tu, bak meh sini biar kaki gangster nie ajaq..haishh....kecik2 lg...haiiyooo....sensitip toi bab2 mak nie..haishh....sabo je laa
ReplyDeletesabaq nizam! sabaq! huhu~ dh tuh nk wat mcm mana lagi? huhuhu~ kita hanya mampu berdoa.. semoga dia mendapat petunjuk illahi
ReplyDeleteAstaghfirullahal adzim.... semoga Allah jauhi diri kita dari semua bencana dan keburukan ini dan memberi kekuatan kepada ibu ini, semoga dia terus bersabar kerana Allah sedang menguji dirinya dan semoga anak itu kembali ke jalan yang benar...Amin
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletethanks, sudi singgah di blog saya.
(^_^)
salam.. folow me back k. http://syafiqahlestary.blogspot.com/
ReplyDelete