Wednesday, May 11, 2011

Setelah Uniform itu ditanggalkan.


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yahoo!! Akhirnya aku bebas dari semua ini!! Hahaha.. gembiranya hati tidak terkira, Sekolah! Selamat TINGGAL!!

Mungkin perkataan ini pernah keluar dimulut seorang pelajar sekolah menengah yang  tamat kertas SPM terakhirnya, Uniform putih yang disarungnya tiap-tiap pagi ditanggalkan, buku-buku yang mencoret catitan di kelas disimpan, dan loceng pagi untuk ke sekolah dimatikan tatkala hadirnya waktu yang bersejarah bagi dirinya ini tiba. Manakan tidak, penantian selama 11 atau 12 tahun lalu tamat pabila kertas akhir Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu habis dijawab dan zaman persekolahan itu tinggal kenangan. Tetapi dia tidak pernah menduga bahawa itu adalah satu titik permulaan kepada suatu sejarah yang bakal memberi impak yang besar dalam dirinya, INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT).




Hampir 80 % pelajar lepasan SPM berjaya menyambung pelajaran mereka ke IPTA / IPTS. IPTA seperti kebiasaannya menjadi medium utama pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pembelajaran ke menara gading kerana ia mampu menyampaikan wadah pembelajaran yang amat berkesan dalam melahirkan golongan yang berintelektual di Malaysia.  Bagi yang berkemampuan IPTS menjadi pilihan utama untuk menyambung pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, sebelum melangkah ke IPT ia memerlukan bakal graduannya untuk menanggung kos pengajian yang dikenakan yang nilainya lebih tinggi daripada kos sewaktu di bangku sekolah. Bagi IPTA, kosnya sedikit sebanyak telah ditampung oleh pihak kerajaan yang peka akan pembelajaran di IPT, kos yang dikenakan tidaklah begitu tinggi hingga ratusan ribu ringgit dan gulungan (sijil) tamat pembelajaran di IPTA lebih dipercayai dan dipandang tinggi oleh majikan-majikan yang ketagihan pekerja mahir. Berbanding IPTS, yang menawarkan kos pembelajaran yang lebih tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit dan ada sesetengah yang sijilnya tidak diiktiraf oleh badan pengiktirafan seperti Malaysia Qualification Agency (MQA). Sudahkah bakal lepasan SPM bersedia dengan pembelanjaan di IPT?

Nasihat penulis buat pelajar lepasan SPM, sediakanlah sejumlah wang pembelanjaan seperti Yuran Pendaftaran IPT, perbelanjaan sampingan, dan wang saku sebelum tibanya waktu yang dinantikan. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.!

No comments:

Post a Comment