Saturday, October 8, 2011

2 TAHUN


"Aku suka Kau," kata Awi yang bernada agak serius secara tiba-tiba. Laila yang sedang kusyuk bersembang dengannya tersentap apabila kata-kata tersebut dikeluarkan sendiri oleh Awi. Suasana yang dahulunya ceria tiba-tiba bertukar suram. Terdiam. "Apa, apa yang cuba kau cakap ni," balas Laila ingin mendapat kepastian Awi. "Eh, aku cakap sekali je," kata Awi sambil berseloroh ketawa. "aku pun suka kat kau," luah Laila secara tiba-tiba. Awi terdiam, kaku, terkebil-kebil dengan kata-kata Laila itu, "Laila, adakah saya dengar itu daripada awak," tanya Awi memperbahasakan awak & saya kepada dirinya dan Laila. "Eh, awak cakap sekali, saya pun nak cakap sekali jea la," balas Laila, mereka ketawa.
Pemarah, gengster, sombong, pemalas, tak sporting tangapan pertama jika seseorang itu bertemu Awi, dengan susuk tubuh yang agak besar dan muka yang agak gelap. Tetapi selepas berkenalan dengan dirinya serba berbeza dengan tanggapan pertama bertemu.
Cinta. Suatu perkataan yang pernah wujud di dalam hatinya tidak lama dahulu. Akibat ketidakyakinan terhadap diri menyebabkan dia lebih sanggup menyimpan cintanya daripada diluahkan kepada orang yang dia minati. Pernah sekali dia menyintai, cinta pertama. Menyintai seseorang yang belum pasti membalas cintanya, dia terus berdiam, menyembunyikan segala perasaan walaupun menyiksa diri, melarat, gila bayang. Sahabat-sahabatnya berjaya merungkai perasaan yang dipenjarakan oleh Awi, mereka membantu dengan menanyakan sendiri kepada orang yg digilainya itu, tetapi malang. Tidak balasnya. Awi berdiam, tenang, cintanya masih tidak goyah, mungkin masih awal pada hikmat fikirannya. Dia memberikan masa kepada cinta pertamanya itu, pada hatinya masih dia.  Masa memakan diri, melarat hingga bertahun lamanya, 4 tahun! mencintai seseorang yang tidak pasti menerima!.  Mungkin tidak pernah dibuat orang tetapi bukan bagi dirinya. Dia rela menunggu. Walaupun kadang kala hatinya tertaut kepada yang lain, dengan cabaran dunia luar yang lebih menawan tarikannya, tidak bagi Awi, hatinya masih ingin mentahtakan kasih sayangnya kepada cinta pertamanya, setia.  Akhirnya dia tewas, kalah, kecewa. CINTA yang dahulu bebas kini terus dipenjarakan. Dia lebih rela menyimpan dari meluahkan, tertekan. Malas sudah mencari cinta.
Laila, seorang gadis yang tidak semena-mena berjaya meruntuhkan geriji besi yang memenjara cinta Awi. Pertama kali bertemu Laila, selekeh, serabut, tah apa-apa, berlagak, sombong, poyo pada pandangan Awi, apatah lagi dengan pakaian Laila yang sering selekeh. Setiap perbuatan Laila, pasti ada salahnya di mata Awi.
 "Jangan marah-marah, benci-benci, nanti kau suka kat dia pula," satu perkataan yang sinonim dengan apa yang berlaku kepada diri Awi, CInta kembali berputik. Suka. Perasaan yang telah dilupakan sejak 1 tahun dahulu kembali bebas bermain, berlegar-legar pada mata fikir Awi. "AKU SUKA DIA!" suatu perkataan yang kembali menjelma pada kotak fikiran Awi. Sering memerhati, diam dan lihat, suatu keadaan yang sangat menyiksakan, tetapi dia tidak mahu kecewa lagi, dia tidak boleh tergesa-gesa, cool!. Dia mahu menyatakan cintanya, tetapi perit untuk diluahkan, Awi kembali kecewa, Laila sudah dipikat oleh seseorang yang lain, di benak hatinya kembali meraung, meronta, kecewa, BODOH! LEMBAB! BANGANG! perkataan yang sesuai digambarkan kepadanya. Tiap kali melihat kelibat Laila, hatinya kuat meronta, menyebabkan dia mula membenci Laila, walaupun pada asalnya ia salah Awi. 3 bulan melabukan tirai, Laila berpisah dengan kekasihnya. Tidak semena-mena Awi gembira, hati yang dahulunya goyah berdetik kembali gagah berdentum. Dia seakan ditembak dengan ubat kuat yang melampau. dia tidak mahu tergesa-gesa untuk mengungkai simpulan cinta hatinya, dia memberikan Laila masa, masih kuat menunggu. Gagah dan terus tabah. 2 bulan berlalu, dia cuba merapatkan hubungan persahabatan, mencari detik sesuai meluahkan segala-galanya.
"Adeh, adeh, sakitnya," rungut Awi yang baru sahaja ditimpa kemalangan kecil motosikal yang dinaikinya. "tu la, aku dah cakap bawa lagi laju lagi, lajulah lagi, laju, laju," balas Laila yang hanya mampu melihat kecederaan kecil yang ditimpa oleh Awi. "amboi, kau kalau cakap memang nak menang je kan, ambil, ambil menang kau tu," seloroh Awi melawak. "Eh, dia ni orang risaukan dia, kita pula yang kena marah, dah rasakan kamu," kata Laila lalu menarik muka berpaling daripada Awi. "Haha, sayang juga kau kat aku kan," kata Awi bersahaja, "ye sayang la sangat, kadang-kadang tak ada gunanya kalau aku sayang kat orang tu kalau orang tu kat sayang kat aku," balas Laila. "Macam tu pula," , "dah tu nak macam mana lagi,". Awi bangun daripada tempat duduknya. Dia menghampiri Laila.
 "Aku suka Kau," kata Awi yang bernada agak serius secara tiba-tiba. Laila yang sedang kusyuk bersembang dengannya tersentap apabila kata-kata tersebut dikeluarkan sendiri oleh Awi. Suasana yang  ceria mula-mulanya tiba-tiba bertukar suram. Terdiam. "Apa, apa yang cuba kau cakap ni," balas Laila ingin mendapat kepastian Awi. "Eh, aku cakap sekali je," kata Awi sambil berseloroh ketawa. "aku pun suka kat kau," luah Laila secara tiba-tiba. Awi terdiam, kaku, terkebil-kebil dengan kata-kata Laila itu, "Laila, adakah saya dengar itu daripada awak," tanya Awi memperbahasakan awak & saya kepada dirinya dan Laila. "Eh, awak cakap sekali, saya pun nak cakap sekali jea la," balas Laila, mereka ketawa. "Maknanya saya suka awak, awak suka saya," kata Awi memastikan perkara itu. "Ya, dah tu," balas Laila mudah. "Serius," tanya Awi untuk memastikannya. "Saya tengah betul-betul serius la ni, nak main-main apanya, tak tahu la orang tu pula," balas Laila. "Saya memang dah lama tunggu Laila, sejak 5 bulan lepas,". "Apa, 5 bulan, jap, jap 5 bulan? kenapa tak cakap,". "Sebab," Awi pun menceritakan segala-galanya kepada Laila, daripada A-Z, 0-9. dari awal hingga akhir. "Tapi saya takut mengecewakan dan dikecewakan, awak bukan awek saya, tetapi calon isteri saya," luah Awi. "Ya tuhan, kenapa cerita ni macam cerita dongeng, cakap la dengan saya awal, awal. Mudah,"."Tak sanggup, tak mampu, takut, malu, semua ada pada saya,". "Jadi?" . "Saya tak mampu untuk melihat awak kecewa, apatah lagi saya dikecewakan, jadi saya nak beri masa untuk kita berdua untuk 2 tahun lagi, untuk benar-benar pasti saya pilihan saya, atau sama ada saya pilihan awak," terang Awi lagi. "saya akan tunggu awak, dan awak akan tunggu saya," balas Laila.
----TAMAT----

4 comments:

  1. hahaha .. klka la .. ade part yg tersebut name kw ..hahhah .. kantoi .. ade part yg salah ayt .. ..pape pon .. tetap terbaek .. aq peminat kw jugak :P .. nak sign kat dada ..

    ReplyDelete
  2. ha? mana? terima kasih atas segala sokongan! hahaha :D

    ReplyDelete
  3. oh wal, lagi satu, kalau boleh, lepas setiap perenggan tu enter la sket kasik ada space in between perenggan..easier to read and so that readers leh 'asingkan' mood..my 2 cents

    ReplyDelete