"Awal !," jerit Hidayah. Pisau Belati jenis komando menunggu masa untuk melibas mangsanya, Ali. Sudah bertahun lamanya Awal menyimpan dendam terhadap Ali. "Awal, walau apa pun kan nak buat selepas ni, kau fikir masak-masak dulu, jangan main buat jea," sambung Hidayah. Awal seakan sudah memuncak keinginannya menikam Ali. Suasana semakin tegang, rakan-rakan kelas Awal sudah pun mengosongkan kelas mereka takut jika amukan Awal terkena kepada mereka. "kau pasti, kau pasti dengan membunuh Ali, kau aman, ha, Awal," tanya Hidayah yang cuba menenangkan Awal. Ali yang dihentak di dinding bahagian belakang, sudut informasi kelas 5 Tuah hanya mampu melihat Awal dan pisau yang berada disebelahnya yang menanti masa untuk menghambat mangsa !
*****
2011, kini masuk 5 tahun Awal bin Jalal belajar disekolah yang terkemuka di Kuala Lumpur, mungkin kerana pencapaian cemerlangnya dalam UPSR, 5A! dia ditawar melanjutkan pelajaran di situ. "Awal, cepatlah sikit, lembab lah kau ni," kata Hidayah yang sudah terpacak dihadapan rumah Awal jam 6.55 pagi, menunggu Awal untuk ke sekolah bersama-sama. "Sabarlah, kau ni bersemangat pagi-pagi ni apahal, mesti ada apa-apa ni kan, " kata Awal sambil menyarung kasut sekolahnya." . " mak Awal pergi sekolah dulu, " sambungnya
Hidayah Binti Hasni, seorang pelajar perempuan yang cukup comel. Dia diminati oleh sebilangan besar pelajar lelaki di sekolah itu. Tetapi dia tidak memperdulikannya dengan alasan, dia mahu mencapai hasrat ibu bapanya untuk melihat dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Awal dan Hidayah sering bersama, sehingga rakan-rakan sekolahnya mengatakan mereka berkasih, couple!. Akan tetapi sebenarnya mereka hanya sekadar kawan karib sejak tingkatan 1. Mereka kenal antara satu sama lain sewaktu minggu orientasi Tingkatan 1, 5 tahun lepas.
"Terima kasih cikgu," kata pelajar kelas 5 Tuah. Kelas pertama diantara kelas-kelas tingkatan 5 yang lain disekolah berkenaan. Tuah , Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu nama yang diadaptasi daripada sejarah kesultanan Melayu Melaka. "Ha, sekarang masanya," kata Ali, seorang budak nakal yang agak pandai di sekolah berkenaan, walaupun perangainya tidak digemari ramai, tetapi dia berjaya menempatkan diri di kelas pertama kerana kepandaiaannya. Dia dan kawan-kawannya sering membuli pelajar di sekolah berkenaan, dan pelajar yang sering menjadi mangsa buli mereka, Awal.
"Apa kita nak buat dengan Awal hari ini, geng, bagi cadangan sikit," kata Ali yang menghampiri meja Awal. "Kita pow duit dia," kata Aziz, " Biasa sangat, kita ambil makanan dia," sambut Zie, "Dosa la, tak baik, apa kata, kita lawan silat dengan dia," cadang Aziz, " Ha, bagus, kau pun hebat bersilatkan, kononnya, cepat Awal, jom," kata Ali sambil menarik tangan Awal. Dia mengajak Awal untuk bertarung dengannya di belakang kelas. "Aku tak nak, berapa lama lagi korang nak buli aku, daripada tingkatan 1 lagi, duit kau ambil, makanan kau kebas, hasil kerja aku kau rampas, tak cukup lagi kau ejek nama aku, nama bapa aku, tak cukup lagi ke," keluh Awal.
"ARGH!," jerit Awal sambil menarik baju Ali lalu menhentak Ali di dinding belakang, sudut informasi kelas. Pisau komando yang diambil entah dari mana dikeluarkan lalu menikam dinding kabus betul-betul bersebelahan kepala Ali. Pelajar kelas 5 Tuah tersentak lalu keluar mengosongkan kelas kerana takut menjadi mangsa amukan awal. "Daripada 5 tahun lepas, kau tak habis-habis nak buli aku, pukul aku, kau ingat kau siapa, ha!," jerit Awal dengan nada keras. Ali makin ketakutan, keberaniaan yang ditonjolkan tadi mula menghilang apabila pisau komando berada betul-betul dihujung kepalanya.
"Awal!," jerit Hidayah.
"kau nak apa lagi, biar aku bunuh dia, aku tamatkan riwayat dia, dia ni tak guna, menyusahkan semua orang, apa dia ingat dia besar sangat kea pangkat dia, dah ramai geng dia aku takut, sekarang biar dia rasa," balas Awal.
"kau pasti, bila kau dah bunuh dia, hidup kau aman, tak Awal!,"
"kau tak pernah rasa apa yang aku rasa, terseksa, 5 tahun, 5 tahun Hidayah!"
"walaupun aku tak pernah rasa, tapi aku tahu seksa, tapi kalau kau tikam si Ali bedebah ni, kau tambah seksa, Awal, aku tak nak tengok kau terseksa!,"
Awal menangis teresak-esak, tangannya yang memegang pisau masih liar menanti masa mengena mangsanya,
"Awal, letak pisau tu, tak payah la sampai nak bunuh si Ali tu, tolong Awal, letak, tolong," pinta Hidayah. Awal terhenti, pisau ditangannya dilepaskan. Hidayah segera menyepak keluar pisau berkenaan, beberapa rakan kelas Awal menenangkannya serta Ali.
"Alhamdulilah,"
:)
ReplyDelete:))
ReplyDelete