Thursday, August 23, 2012

Ambiga berundur dari BERSIH lepas p'raya umum

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan tersebut selepas pilihan raya akan datang.

Dalam wawancara bersama agensi berita kewangan Bloomberg hari ini, Ambiga berkata langkah itu akan membolehkan beliau lebih fokus dalam firma guamannya yang mengkhususkan undang-undang komersil, harta intelek dan industri.

Laporan itu menyebut, ia juga akan membolehkan beliau meluangkan masa dalam bidang kesenian dan kriket, yang diketepikannya untuk bergiat dalam BERSIH.

Ambiga berkata usahanya dalam mendukung isu hak wanita, khususnya dalam kes melibatkan isu menukar agama juga masih banyak yang belum selesai.

Katanya, mahkamah telah melepaskan tanggungjawab dalam banyak isu melibatkan undang-undang keluarga dalam kes melibatkan mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Ambiga mengetuai dua perhimpunan besar untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang merupakan perhimpunan terbesar sejak pergerakan reformasi pada 1998.

- SUMBER : MALAYSIAKINI.

Tuesday, July 3, 2012

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN



KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN | Berita baik buat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini untuk mengurangkan kos sara hidup kerana semalam, KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN |Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) telah dilancarkan.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.

KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

HUBUNGI KAMI

Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia

Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my

Di bawah ialah senarai syarikat yang telah terlibat dalam KDS1M.

BUKU DAN ALAT TULIS





KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN

KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA




MAKANAN DAN MINUMAN






Layari http://www.1pengguna.com/kds1m -untuk keterangan lanjut mengenai diskaun yg ditawarkan dan senarai syarikat - syarikat yg terlibat.

Sepanyol julang Euro 2012




 

Sepanyol julang Euro 2012





 

KIEV - Sepanyol mengesahkan status sebagai pasukan terhebat dalam sejarah bola sepak setelah membenam Itali 4-0 pada perlawanan akhir Euro 2012, sekali gus mengekalkan kejuaraan Eropah.
Skuad bimbingan jurulatih Vicente del Bosque muncul pasukan pertama mempertahankan gelaran itu dan juga julung kali memenangi pertandingan utama buat kali ketiga berturut-turut selepas merangkul Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.
Biarpun menjadi mangsa tuduhan persembahan La Roja tidak lagi mengujakan, namun aksi mereka di pentas final, semalam menepis segala keraguan dengan mempamerkan aksi cukup memukau.
Andres Iniesta dan Xavi menjadi arkitek jaringan David Silva, Jordi Alba dan Fernando Torres yang kemudiannya membantu rakan sepasukan Juan Mata meledakkan gol keempat La Roja.
Penjaring gol kemenangan Euro 2008 menentang Jerman, Torres muncul pemain pertama meledakkan gol pada dua perlawanan akhir Kejuaraan Eropah dan kemenangan itu adalah yang paling menarik dalam sejarah.
Sementara lawan mereka, Itali bermain dengan 10 pemain ketika perlawanan berbaki setengah jam selepas pemain gantian, Thiago Motta terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan yang sekali gus memadam momentum kemenangan Azzurri ke atas Jerman dan England pada peringkat kalah mati.
“Kami berdepan dengan sebuah pasukan yang cukup hebat. Mereka adalah juara dunia. Sudah tentu apabila anda bermain dengan 10 orang, perlawanan secara sendirinya sudah berakhir,” akui jurulatih Itali, Cesare Prandelli.
Bintang separuh akhir sewaktu melakar kemenangan ke atas Jerman, Mario Balotelli gagal menyerlah, sementara Andrea Pirlo ditundukkan dengan kehebatan barisan pemain tengah Sepanyol.
“Menentang Sepanyol, anda dapat menerima kekalahan ini dengan mudah. Ia merupakan satu pengembaraan yang hebat. Dalam perlawanan akhir, anda perlu menang tetapi hari ini (semalam) kami menentang sebuah pasukan yang berkualiti tinggi,” kata ketua pasukan Itali, Gianluigi Buffon.
Diketepikan sewaktu menentang Portugal pada separuh akhir, Cesc Fabregas kembali ke dalam kesebelasan utama Sepanyol bagi melengkapkan barisan sama ketika bertemu Itali pada perlawanan pertama Kumpulan C yang menyaksikan mereka seri 1-1 pada 10 Jun lalu.
Prandelli pula membuat satu perubahan dalam kesebelasan utamanya, dengan Ignazio Abate menggantikan Federico Balzaretti di posisi pertahanan kanan selepas tidak beraksi ketika menang ke atas Jerman pada separuh akhir ekoran masalah kelesuan otot.
Sepanyol hanya memerlukan 10 minit pada awal perlawanan bagi membuktikan kehebatan mereka bermain corak menyerang, menerusi Xavi yang saling bertukar hantaran dengan Fabregas sebelum melepaskan rembatan yang tersasar.
Empat minit berikutnya, Iniesta melakukan hantaran cantik ke arah Fabregas yang berjaya melepasi halangan Giorgio Chiellini sebelum menghantar bola kepada Silva yang menanduk masuk ke gawang lawan.
Gol kedua menyusul, sekali lagi menerusi gerakan Xavi empat minit sebelum rehat, setelah Alba yang berlari laju ke dalam petak penalti merembat kencang menewaskan Buffon untuk gol pertamanya di pentas antarabangsa.
Itali yang pincang kerana bermain 10 orang setelah Motta dibawa keluar, melepaskan dua lagi gol dan kali ini penyerang Sepanyol, Torres meledakkan gol ketiga pada minit ke-84 hasil hantaran Xavi sebelum membantu rakan sepasukannya dalam Chelsea, Mata melengkapkan kemenangan La Roja dengan gol keempat pada minit ke-88. – AFP

-TAHNIAH ! 

Sunday, July 1, 2012

Cleaver Girl .

Gambar yang Warkah temui di laman web. Haha, kadang kala kita pun tak terfikir sebegitu rupa.


Saturday, June 30, 2012

PERTEMBUNGAN DUA JUARA DUNIA.




2 Julai 2012, kita akan bakal menyaksikan dua pasukan yang masing - masing pernah memegang Pangkat JUARA PIALA DUNIA. SPAIN VS ITALI yang akan bertanding merebut gelaran juara EROPAH (EURO 2012). Dua - dua sama hebat sama handal dalam mengatur strategi merobek jaring pasukan lawan. Kita nantikan siapakah JUARA PIALA EURO 2012 !








-Warkah-

Thursday, June 28, 2012

GERMANY VS ITALY



KRAKOW - Pemain perancang Itali, Andrea Pirlo percaya Jerman takut untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Euro 2012 di Warsaw, esok.
Ini kerana Jerman tidak pernah menewaskan Itali dalam saingan kompetitif sebaliknya tewas tiga kali dan sekadar mencatat keputusan seri pada Piala Dunia serta Euro.
Itali dan Jerman juga pernah bertemu pada kelayakan Piala Dunia 1962 dengan perlawanan berkesudahan seri.

Malah Pirlo, 33, percaya sejarah tersebut akan memberikan Itali kelebihan.
"Jerman memang gentar menghadapi kami kerana sedar kami mampu memberikan kesukaran seperti mana kami lakukan pada perlawanan lalu.
Gambar Ehsan Blog.
"Jerman sudah tentu akan lebih berhati-hati kerana tidak mahu peristiwa pada 2006 berulang kembali," kata Pirlo.
Pada Piala Dunia 2006, kedua pasukan itu bertemu pada saingan separuh akhir yang menyaksikan Itali menang 2-0.
Itali juga mencatat kemenangan ke atas Jerman Barat pada separuh akhir Piala Dunia 1970 dan perlawanan akhir 1982.
Meskipun penyertaan Itali pada Euro kali ini diselubungi dengan masalah rasuah dalam liga tempatan, namun Azzurri masih berupaya mempamer peningkatan.
Pirlo juga percaya pasukannya akan meneruskan rentak permainan konsisten untuk melakar kemenangan esok.
"Kami akan bermain dengan cara yang sama kerana itu sahaja yang kami tahu. Kami juga akan cuba menguasai perlawanan dan mempamer kekuatan pada perlawanan kali ini.
"Cara permainan Jerman berbeza dengan England kerana mereka bukan sahaja bermain secara bertahan tetapi mampu mencipta peluang dan kami telah bersedia menghadapinya. Kami akan cuba memenangi Euro ini.
"Kami mempunyai kekuatan di setiap bahagian dan ia sama pada tahun-tahun lalu.
"Kami akan menjadi lebih hebat dan layak ke saingan separuh akhir," kata Pirlo.
Dalam pada itu, Pirlo mengakui teruja melihat gaya permainan penyerang Jerman, Mesut Ozil.
"Kami telah melihat semua perlawanan Jerman kerana mereka bermain sebelum kami dan kami semua akan berada di hadapan televisyen menonton corak permainan mereka.
"Mereka adalah pasukan yang hebat dalam tempoh 20 tahun ini, mereka berupaya melangkah ke separuh akhir.
"Pasukan mereka amat hebat dan kami telah mengkaji secara mendalam keupayaan mereka.
"Mereka mempunyai banyak pemain yang berkualiti tinggi dan Ozil adalah pemain penting buat Jerman serta Real Madrid.
"Dia adalah pemain yang bagus dan telah membuktikannya di atas padang," kata Pirlo. - AFP

-SUMBER UTUSAN.COM.MY

Saturday, April 14, 2012

15 anugerah ALLAH untuk hawa.




15 anugerah ALLAH untuk hawa.
Gambar hiasan - WMB

1.            Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2.            Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3.            Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4.            Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5.            “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6.            “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7.            “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”


8.            “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9.            “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10.          Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11.          Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12.          Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13.          Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14.          Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Gambar Hiasan - WMB

15.          “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
          Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
(p/s : ini warkah dapat daripada seorang rakan yang juga dapat kepada seorang rakan yang lain, kredit kepada penulis asal artikel ini :D)

Friday, April 13, 2012

BIADAP ! Ketika PERTABALAN Yang Di Pertuan Agong.



(Petikan AIDC – Klik Sini)

Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka. Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.
Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.

Thursday, April 12, 2012

Sri Wani dibenar pinda injunksi terhadap dua madu

petikan akhbar tempatan. 


KUALA LUMPUR 12 April – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan pemilik salun kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah untuk mendapatkan tambahan tempoh masa bagi membolehkannya meminda permohonan injunksi terhadap madu-madunya yang didakwa mengganggu dan memfitnah dirinya.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Mei ini.
Sri Wani Choo Abdullah.

Sri Wani menjadi perhatian ramai apabila suaminya, bekas Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi memfailkan permohonan agar isteri ketiganya itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenar wanita terbabit. - Sumber UtusanMalaysiaOnline.

(p/s : haru biru dibuatnya. Hadoii)
-warkah.

BERSIH kesan 24,000 pendaftaran berganda



BERSIH kesan 24,000 pendaftaran berganda


BERSIH hari ini mendakwa menemui lebih banyak penipuan dalam daftar pemilih menjelang perhimpunannya pada 28 April, termasuk 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak yang didakwa didaftarkan semula di Selangor.

NONEDalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mereka mendakwa 15,520 pengundi dan 8,585 pengundi Sarawak didaftarkan semula kali kedua di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012.

Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan kes spesifik apabila ditanya oleh media. Sebaliknya, menurut jawatankuasa pemandunya, ia akan didedahkan dalam sidang media lain dalam waktu terdekat.

BERSIH yang diketuai bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (lihat foto) juga mendakwa dalam daftar pemilih sama, seramai 7,841 pengundi di Selangor didaftarkan dengan MyKad dengan kod lokasi 71, merujuk kepada kelahiran di luar Malaysia. -sumber MalaysiaKini.com


-warkah.

NOTA KEPADA BERSIH 3.0

BERSIH 3.0 : Dataran Merdeka.


NOTA KEPADA BERSIH 3.0




ASsalammualaikum dan Salam Sejahtera, 
Tengah hari ini, warkah membuka cerita yang agak biasa di negara kita, (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) [Bersih] tidak asing lagi dalam  negara kita. Warkah disini bukan untuk menyokong mahupun menolak apa yang diperjuangkan oleh BERSIH ini, daripada BERSIH 1, BERSIH 2.0 dan terkini BERSIH 3.0 warkah sering memerhati perkembangan semasa mereka. Namun, warkah terbaca suatu nota yang dikarang di bawah, daripada seorang sahabat warkah di FB : -




Dato' Seri Najib.

 Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


(P/s : Warkah turut tertanya perihal itu semua kepada diri warkah sendiri anda ?? bagaimana ?)