KRAKOW - Pemain perancang Itali, Andrea Pirlo percaya Jerman takut untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Euro 2012 di Warsaw, esok.
Ini kerana Jerman tidak pernah menewaskan Itali dalam saingan kompetitif sebaliknya tewas tiga kali dan sekadar mencatat keputusan seri pada Piala Dunia serta Euro.
Itali dan Jerman juga pernah bertemu pada kelayakan Piala Dunia 1962 dengan perlawanan berkesudahan seri.
Malah Pirlo, 33, percaya sejarah tersebut akan memberikan Itali kelebihan.
"Jerman memang gentar menghadapi kami kerana sedar kami mampu memberikan kesukaran seperti mana kami lakukan pada perlawanan lalu.
Gambar Ehsan Blog. |
Pada Piala Dunia 2006, kedua pasukan itu bertemu pada saingan separuh akhir yang menyaksikan Itali menang 2-0.
Itali juga mencatat kemenangan ke atas Jerman Barat pada separuh akhir Piala Dunia 1970 dan perlawanan akhir 1982.
Meskipun penyertaan Itali pada Euro kali ini diselubungi dengan masalah rasuah dalam liga tempatan, namun Azzurri masih berupaya mempamer peningkatan.
Pirlo juga percaya pasukannya akan meneruskan rentak permainan konsisten untuk melakar kemenangan esok.
"Kami akan bermain dengan cara yang sama kerana itu sahaja yang kami tahu. Kami juga akan cuba menguasai perlawanan dan mempamer kekuatan pada perlawanan kali ini.
"Cara permainan Jerman berbeza dengan England kerana mereka bukan sahaja bermain secara bertahan tetapi mampu mencipta peluang dan kami telah bersedia menghadapinya. Kami akan cuba memenangi Euro ini.
"Kami mempunyai kekuatan di setiap bahagian dan ia sama pada tahun-tahun lalu.
"Kami akan menjadi lebih hebat dan layak ke saingan separuh akhir," kata Pirlo.
Dalam pada itu, Pirlo mengakui teruja melihat gaya permainan penyerang Jerman, Mesut Ozil.
"Kami telah melihat semua perlawanan Jerman kerana mereka bermain sebelum kami dan kami semua akan berada di hadapan televisyen menonton corak permainan mereka.
"Mereka adalah pasukan yang hebat dalam tempoh 20 tahun ini, mereka berupaya melangkah ke separuh akhir.
"Pasukan mereka amat hebat dan kami telah mengkaji secara mendalam keupayaan mereka.
"Mereka mempunyai banyak pemain yang berkualiti tinggi dan Ozil adalah pemain penting buat Jerman serta Real Madrid.
"Dia adalah pemain yang bagus dan telah membuktikannya di atas padang," kata Pirlo. - AFP
-SUMBER UTUSAN.COM.MY
No comments:
Post a Comment