Gambar Hiasan - Boleh didapati di GOOGLE IMAGE. |
KEKUATAN MENCARI PERCINTAAN.
ü BERFIKIR .
Cinta bermula dari fikiran kita. Cuba kamu fikirkan bagaimanakah ciri – ciri pasangan yang anda inginkan ? Nescaya suatu hari nanti, Insyaallah, anda akan bertemu dengannya.
ü MENGHORMATI.
Kita tidak akan mampu untuk mencintai seseorang atau apa sahaja yang berada disekeliling kita jika kita tidak menghormati mereka. First things to do is HORMATI diri anda sendiri. Tanya pada diri kita sendiri, “Apakah aku hormati diriku”. Kemudian tanya pada diri kita juga “Apakah aku hormati diri orang lain”.
ü PERSAHABATAN.
Sebelum memperolehi cinta sejati, kita hendaklah mencari sahabat sejati kita dahulu. Cinta bukan “MATA BERTENTANG MATA”, tetapi lebih kepada maksud bersama – sama melihat ke satu tujuan, (PERCINTAAN / PERKAHWINAN). Jadi sebelum kita mencintai seseorang kita seharusnya memperkuatkan ikatan persahabatan.
ü MEMBEBASKAN.
“BEBASKAN dia seperti burung yang berterbangan,” – Ungkapan ini sudah terlalu jelas untuk kita. Bebaskan orang yang kamu cintai itu, tak perlu untuk terlalu mengongkong, mengikut atau mengikat pasangan kamu. Jika dia tentuan Jodoh daripada Maha Esa, maka dia adalah milikmu.
ü KOMUNIKASI.
Gambar Hiasan (boleh didapati di google Image) |
Komunikasi adalah faktor terpenting dalam perhubungan. Belajarlah untuk berkomunikasi secara terbuka, dan jujur. Selalulah ambil berat akan pasangan anda, luangkan sedikit masa untuk mendengar coloteh daripada dirinya. Mendengar, sudah cukup buat diri pasangan anda untuk mengetahui anda begitu mencintainya.
(P/S : Sebenarnya ada lagi banyak, tetapi untuk permulaan, warkah keluarkan dahulu versi 1 ini yea :D. Semoga ketemu lagi – WARKAH)
No comments:
Post a Comment