Thursday, April 12, 2012

AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK. (Aceh: 11042012)


Semua negara yang menarik balik amaran bencana Tsunami.



KULA LUMPUR – Menjelang tengah malam ini, kesemua negara yang terletak dalam zon risiko dilanda tsunami berikutan gempa di Utara Sumatera dan Aceh petang tadi menarik balik amaran bencana berkenaan.
Keadaan kucar kacir yang berlaku
ketika amaran dikeluarkan. (ihsan blog)
Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan situasi cemas petang tadi berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh .
Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran pada pukul 10 malam tadi.
Sebelum ini, persisiran pantai Pulau Pinang dan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka berhadapan dengan pukulan ombak tsunami (jika tsunami berrlaku) antara 9 malam hingga 2 pagi ini.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia turut menarik balik amaran tsunami mulai pukul 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia).
Penarikan berkenaan disampaikan Ketua BMKG, Sri Woro B Harijono dalam sidang media yang disiarkan stesen televisyen tempatan, malam ini. 
Ketakutan dirasai hampir
semua lapisan masyarakat, (ihsan Blog)
 Pusat Amaran Bencana Kebangsaan Thailand menarik balik amaran berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu.
Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran susulan.
Katanya, keadaan paras ombak meningkat dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand.
“Kami akan terus memantau keadaan untuk beberapa jam lagi,” katanya.
Terdahulu, Yingluck mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet di Rumah Kerajaan di Bangkok dengan menggerakkan pelan kecemasaan tsunami.
Sebelum itu, perintah berpindah ke kawasan lebih tinggi dikeluarkan di enam wilayah selatan negara itu iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang.
Sri Lanka turut menarik balik amaran tsunami.
“Kepada penduduk, kembalilah semula ke kediaman seperti biasa,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Bencana Sri Lanka.
Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

-Sumber MyNewsHub.my. 
(p/s : Alhamdulillah) 
-warkah.

No comments:

Post a Comment