Wednesday, April 11, 2012

GEMPA BUMI - ACEH (110412)

Keadaan ketika berlakunya gempa di sebuah Pusat Membeli Belah
setelah merasai gegaran Gempa Bumi. (ihsan Blog)

Kedudukan Gempa Bumi yang dikesan. (ihsan Blog)

Keadaan Jalan di bandar Aceh. (ihsan Blog)

Status gempa bumi yang di keluarkan.

JAKARTA 11042012 - Lebih kurang jam 5.33 pm waktu Malaysia. Beberapa buah negara termasuk Indonesia, India dan Thailand mengeluarkan amaran tsunami selepas berlaku gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter di Lautan Hindi dekat barat Aceh. Gegaran gempa bumi berkenaan turut dirasai di beberapa buah negeri di Malaysia, terutama disekitar bahagian pantai barat. 


Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata, gempa bumi yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Bandar Aceh.
Seorang pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Said berkata, amaran tsunami sudah dikeluarkan. Namum begitu sehingga jam 9.13 pm (waktu Malaysia) Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat (AS) membatalkan amaran Tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi berukuran 8.6 Skala Richter yang mengegar Aceh Petang tadi. - sumber UTUSAN MALAYSIA ONLINE. 


- warkah

No comments:

Post a Comment