15 anugerah
ALLAH untuk hawa.
Gambar hiasan - WMB |
1. Pada
suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda
dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda
bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”
2. Wanita
yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita
yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan
rezekinya.
4. Wanita
yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai
di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah
akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara
parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan
untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus
perbuatan jahat.”
7. “Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya,
mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan
mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di
mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda
Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut
suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum
kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan
dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas
Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami
mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia
akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita
yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang
kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di
dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu
tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya
dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Gambar Hiasan - WMB |
15. “Sebaik-baik
wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut
dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
(p/s : ini warkah dapat daripada seorang rakan yang juga
dapat kepada seorang rakan yang lain, kredit kepada penulis asal artikel ini
:D)