Saturday, May 14, 2011

Seorang Yang Kebiasaannya Kita Panggil Ibu.

Assalammualaikum. W.B.T dan Salam Sejahtera.

Pada mulanya, warkah ingin menulis berkenaan topik yang agak menarik yang berlaku dalam Negara kita sendiri. Tetapi warkah tersentap dengan cerita sahabat warkah yang isinya lebih menarik daripada apa yang warkah ingin sampaikan pada mulanya. Cerita ini bukan untuk mempersenda, mengejek, mahupun mengutuk tetapi adalah untuk kita merenung sendiri apa yang berlaku disekitar kita tetapi tidak disedari oleh diri kita sendiri. Renung-renungkan.

Cerita ini merupakan kisah benar yang diceritakan sendiri oleh sahabat warkah. Beliau yang enggan namanya dinyatakan berharap cerita ini dapat dijadikan iktibar kepada semua lapisan masyarakat. 

Ia berkenaan seorang ibu, yang pada kebiasaannya kita hormati, kita sanjungi, kita sayangi. Tetapi berbeza buat anak kepada ibu ini, manakan tidak, dimana orang lain memanggil orang yang melahirkan kita  sebagai Ibu, Emak, Mak, Mummy dan sebagainya, tetapi anak ini hanya memanggil ibunya ENGKAU. Bukan itu sahaja, sahabat warkah menceritakan bahawa suatu hari anak ini memanggil ibunya HANTU dan gelaran itu diberikan untuk mempermainkan ibunya dihadapan sahabat mahupun orang lain dengan panggilan HANTU KAK LIMAH. Tersentap hati warkah tatkala sahabat menceritakan perihal ini. Sedih melihat seorang yang berpangkat ibu dipermainkan sebegitu rupa. 

Tambahan pula, sahabat warkah menceritakan lagi, suatu hari si anak melawat ibunya di tempat kerja, mungkin ingin melihat bagaimana keadaan ibunya sewaktu bekerja. Tetapi jangkaan warkah meleset. Si anak melawat tempat kerja ibunya, lalu, mengeluarkan kata “Woi aku nak duit”, (pada jangkaan warkah inilah katanya). Terbeliak biji mata warkah mendengar cerita ini. Dengan tanpa perasaan hormat, si anak ini terus mengeluarkan kata yang agak keras untukn didengar oleh seorang ibu.  Menurut sahabat warkah, si anak mengambil wang yang berada di peti cashier tanpa rasa bersalah. Sehingga diberitakan bahawa si ibu dibuang kerja kerana wang di peti cashier kerap kekurangan. 

Dimanakah salahnya sehingga berlaku kejadian sebegitu rupa? Jawapan warkah cukup mudah, TAKDIR. Tuhan telah menentukan Qada’ dan Qadar’ kehidupan ini sehingga tibanya hari pembalasan kelak, (kiamat). Tidak dinafikan lagi benarlah hadis yang mengatakan bahawa tanda-tanda kiamat itu adalah dimana seorang ibu melahirkan TUAN nya sendiri. 

Sengaja warkah lewat-lewatkan berapakah umur si anak berkenaan. Kerana kuatir pembaca bakal tidak mempercayai apa yang diceritakan. Pada mulanya, pada pandangan warkah si anak berkenaan mungkin berumur lebih 20 tahun tetapi jangkaan warkah meleset lagi. Si anak hanya berumur dalam lingkungan adik-adik kita di DARJAH 6 ke bawah. TERPERANJAT??? Ya, benar, cerita sahabat warkah tadi, si anak itu hanya dalam lingkungan 12 tahun ke bawah. Sengaja warkah tidak mendedahkan umur sebenar si anak, kerana kuatir pembaca terkejut besar. 

Ambillah cerita ini buat pengajaran kita sendiri. Bentuklah zuriat kita seelok-eloknya agar hidup kita dunia dan akhirat aman dan tenteram. Renungkanlah cerita ini, Warkah berdoa, agar tidak ada seorang pun dalam zuriat pembaca dan warkah seperti cerita yang diceritakan oleh sahabat warkah ini. AMIN. Sekian. 



Wednesday, May 11, 2011

Setelah Uniform itu ditanggalkan.


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yahoo!! Akhirnya aku bebas dari semua ini!! Hahaha.. gembiranya hati tidak terkira, Sekolah! Selamat TINGGAL!!

Mungkin perkataan ini pernah keluar dimulut seorang pelajar sekolah menengah yang  tamat kertas SPM terakhirnya, Uniform putih yang disarungnya tiap-tiap pagi ditanggalkan, buku-buku yang mencoret catitan di kelas disimpan, dan loceng pagi untuk ke sekolah dimatikan tatkala hadirnya waktu yang bersejarah bagi dirinya ini tiba. Manakan tidak, penantian selama 11 atau 12 tahun lalu tamat pabila kertas akhir Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu habis dijawab dan zaman persekolahan itu tinggal kenangan. Tetapi dia tidak pernah menduga bahawa itu adalah satu titik permulaan kepada suatu sejarah yang bakal memberi impak yang besar dalam dirinya, INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT).




Hampir 80 % pelajar lepasan SPM berjaya menyambung pelajaran mereka ke IPTA / IPTS. IPTA seperti kebiasaannya menjadi medium utama pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pembelajaran ke menara gading kerana ia mampu menyampaikan wadah pembelajaran yang amat berkesan dalam melahirkan golongan yang berintelektual di Malaysia.  Bagi yang berkemampuan IPTS menjadi pilihan utama untuk menyambung pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, sebelum melangkah ke IPT ia memerlukan bakal graduannya untuk menanggung kos pengajian yang dikenakan yang nilainya lebih tinggi daripada kos sewaktu di bangku sekolah. Bagi IPTA, kosnya sedikit sebanyak telah ditampung oleh pihak kerajaan yang peka akan pembelajaran di IPT, kos yang dikenakan tidaklah begitu tinggi hingga ratusan ribu ringgit dan gulungan (sijil) tamat pembelajaran di IPTA lebih dipercayai dan dipandang tinggi oleh majikan-majikan yang ketagihan pekerja mahir. Berbanding IPTS, yang menawarkan kos pembelajaran yang lebih tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit dan ada sesetengah yang sijilnya tidak diiktiraf oleh badan pengiktirafan seperti Malaysia Qualification Agency (MQA). Sudahkah bakal lepasan SPM bersedia dengan pembelanjaan di IPT?

Nasihat penulis buat pelajar lepasan SPM, sediakanlah sejumlah wang pembelanjaan seperti Yuran Pendaftaran IPT, perbelanjaan sampingan, dan wang saku sebelum tibanya waktu yang dinantikan. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.!

Sunday, May 1, 2011

KEMBALI SETELAH LAMA MENYEPI













Assalammualaikum wbt. salam sejahtera.

Sudah lama kiranya diriku tidak mencoret coretan di muka blog ini, menyepi seketika kerana penuh dengan pelbagai karenah yang perlu dituruti oleh diri, pohon maaf dipinta jika menunggu begitu lama untuk meniti coretan harian yang biasa diukir disini.
Bermula dengan perihal remaja, beralih kepada bola, kini apa yang bakal aku coretkan disini serba berbeda. sesuatu rungkaian kata yang tidak lagi seperti yang lama, berubah kepada sebuah artikal buat saudari saudara.
Harap maaf sekali lagi, kerana bukan kini masanya untuk aku teruskan melontarkan idea disini, ada urusan besar yang perlu di selesaikan sebelum sebuah cerita istimewa yang disediakan buat pembaca Warkah Madah Bercili.

Sekian sahaja,
ampun andai salah kata, sasul bicara, tersilap guna bahasa.

Yang Benar,























warkahmadahbercili. :-)