Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyatakan hasratnya untuk
berundur daripada jawatan tersebut selepas pilihan raya akan datang.
Dalam wawancara bersama agensi berita kewangan Bloomberg hari
ini, Ambiga berkata langkah itu akan membolehkan beliau lebih fokus
dalam firma guamannya yang mengkhususkan undang-undang komersil, harta
intelek dan industri.
Laporan itu menyebut, ia juga akan
membolehkan beliau meluangkan masa dalam bidang kesenian dan kriket,
yang diketepikannya untuk bergiat dalam BERSIH.
Ambiga berkata
usahanya dalam mendukung isu hak wanita, khususnya dalam kes melibatkan
isu menukar agama juga masih banyak yang belum selesai.
Katanya,
mahkamah telah melepaskan tanggungjawab dalam banyak isu melibatkan
undang-undang keluarga dalam kes melibatkan mahkamah syariah dan
mahkamah sivil.
Ambiga mengetuai dua perhimpunan besar untuk
menuntut pilihan raya bersih dan adil yang merupakan perhimpunan
terbesar sejak pergerakan reformasi pada 1998.
- SUMBER : MALAYSIAKINI.
WarkahMadahBercili
Tanpa Kompromi !
Thursday, August 23, 2012
Tuesday, July 3, 2012
KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN
KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN | Berita baik buat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini untuk mengurangkan kos sara hidup kerana semalam, KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN |Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) telah dilancarkan.
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.
KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
HUBUNGI KAMI
Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia
Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my
Di bawah ialah senarai syarikat yang telah terlibat dalam KDS1M.
BUKU DAN ALAT TULIS
KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN |
KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
MAKANAN DAN MINUMAN
Layari http://www.1pengguna.com/kds1m -untuk keterangan lanjut mengenai diskaun yg ditawarkan dan senarai syarikat - syarikat yg terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)