Thursday, April 12, 2012

Sri Wani dibenar pinda injunksi terhadap dua madu

petikan akhbar tempatan. 


KUALA LUMPUR 12 April – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan pemilik salun kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah untuk mendapatkan tambahan tempoh masa bagi membolehkannya meminda permohonan injunksi terhadap madu-madunya yang didakwa mengganggu dan memfitnah dirinya.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Mei ini.
Sri Wani Choo Abdullah.

Sri Wani menjadi perhatian ramai apabila suaminya, bekas Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi memfailkan permohonan agar isteri ketiganya itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenar wanita terbabit. - Sumber UtusanMalaysiaOnline.

(p/s : haru biru dibuatnya. Hadoii)
-warkah.

BERSIH kesan 24,000 pendaftaran berganda



BERSIH kesan 24,000 pendaftaran berganda


BERSIH hari ini mendakwa menemui lebih banyak penipuan dalam daftar pemilih menjelang perhimpunannya pada 28 April, termasuk 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak yang didakwa didaftarkan semula di Selangor.

NONEDalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mereka mendakwa 15,520 pengundi dan 8,585 pengundi Sarawak didaftarkan semula kali kedua di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012.

Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan kes spesifik apabila ditanya oleh media. Sebaliknya, menurut jawatankuasa pemandunya, ia akan didedahkan dalam sidang media lain dalam waktu terdekat.

BERSIH yang diketuai bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (lihat foto) juga mendakwa dalam daftar pemilih sama, seramai 7,841 pengundi di Selangor didaftarkan dengan MyKad dengan kod lokasi 71, merujuk kepada kelahiran di luar Malaysia. -sumber MalaysiaKini.com


-warkah.